Asal demam saja, terus buat ujian pengesanan Covid-19. Amalan ini sebenarnya tidak relevan buat masa ini kerana gejala akibat jangkitan virus kini tidak sebahaya ketika era pandemik dulu. Sebaliknya, Pakar Pediatrik, Hospital Mawar, Dr. Mohd. Zaqrul Razmal Mohd. Podzi berkata, ujian swab hidung yang dilakukan, pasti menemui pelbagai jenis virus terdapat dalam rongga itu. “Sebenarnya tidak perlu mencari-cari Covid-19 ini. Kalau kita lakukan ujian hidung, macam-macam virus boleh didapati. Jangan…