Si cilik pecah rekod kenal pasti 40 logo kereta dalam seminit

Si cilik pecah rekod kenal pasti 40 logo kereta dalam seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU berusia tiga tahun namun kepintaran dan daya ingatannya luar biasa.

Putera kesayangan pasangan Logendran Subramaniam dan Rubini Ramasamy, Veekhash Logendran ini mampu mengingati lebih 250 logo
kenderaan.

Kebolehan itu membolehkan si cilik mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Recordsdengan mencipta rekod baharu iaitu bilangan logo
kereta terbanyak yang dikenalpasti oleh kanak-kanak dalam masa satu minit.

Rubini berkata, ketika percubaan bersama wakil pengiktirafan itu, Veekhash berjaya mengenalpasti 40 logo kereta dalam masa enam puluh saat sekaligus melepasi tanda aras ditetapkan.

Daripada 250 kad logo kenderaan dibawa, hanya 40 dipilih secara rawak oleh wakil pengiktirafan.

“Ketika itu, saya dan suami berasa gentar, namun Veekhash kelihatan tenang seolah-olah benar-benar bersedia untuk dinilai.

“Dia menjawab dengan sangat cepat dan dia ingat semua logo kenderaan sekaligus mencipta rekod baharu.

“Kami bangga sebab pada usia yang masih kecil, Veekhash sudah mampu membanggakan keluarga,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai pembabitan Veekhash dalam acara itu, ujar Rubini ia dicadangkan oleh kakak iparnya.

“Kakak ipar yang mencadangkan supaya kami menghantar permohonan kepada Malaysia Book of Records memandangkan anak saya ada kelebihan boleh mengingati banyak logo kenderaan.

“Kami pun mencuba nasib. Tidak sangka pula permohonan kami diterima dan ketika hari percubaan itu Veekhash sangat bersemangat sehingga dia sendiri bertanya kepada wakil pengiktirafan itu ‘adakah anda sudah bersedia?,” katanya mengimbau momen indah itu.

SIFAT INGIN TAHU

Bertanyakan rahsia kejayaan anaknya itu, kata Rubini, semuanya bermula daripada anak tunggalnya itu itu yang mempunyai sifat ingin tahu dan belajar yang tinggi.

“Sebelum ini kami secara spontan memberitahu jenis kenderaan dan menunjukkan logo kereta kami kepadanya. Ketika itu usianya dua tahun
tujuh bulan.

“Keesokan harinya secara tiba-tiba dia memberitahu jenis kenderaan kami dengan menunjukkan logo dan kemudiannya mula bertanyakan mengenai jenis kenderaan jiran-jiran lain.

“Daripada situ kami lihat dia seakan berminat dan kami bagi dia menonton saluran Youtube mengenai logo-logo kenderaan,” katanya.

Dalam tempoh sebulan Veekhash mampu menghafal hampir 250 logo kereta. Malah, Rubini turut membantu dengan menghasilkan kad-kad logo kenderaan bagi memantapkan lagi kemahiran anaknya itu.

“Kami tidak pernah memaksanya menghafal atau belajar perkara itu, sebaliknya dia sendiri yang mahu dan menunjukkan minat.

“Kami sebagai ibu dan bapa hanya memberikan sokongan dan dorongan kepadanya dalam perkara yang disukai asalkan dia gembira,” jelasnya lanjut.

Malah, katanya, anaknya itu sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam sementelah dia rajin bertanyakan mengenai setiap perkara yang dilihat.

Biarpun kadangkala terasa letih untuk menjawab, namun Rubini dan suami percaya itu adalah cara anaknya mendapatkan ilmu dan pengetahuan.

“Dia aktif dan rajin bertanyakan soalan tentang sesuatu yang dia tidak tahu. Misalnya, logo kereta, bangun tidur sahaja dia akan minta untuk belajar mengenai logo kereta walaupun malam sebelumnya sudah belajar. Dia suka mengulang-ulang perkara sama walaupun sudah tahu jawapannya,” katanya.

SALURAN PENDIDIKAN

Veekhash sama seperti kanak-kanak lain yang menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan bermain.

Namun, anak kelahiran Rawang, Selangor itu gemar rancangan berbentuk pendidikan interaktif.

“Daripada kecil lagi dia memang suka menonton rancangan pendidikan seperti ABC atau 123. Malah, ketika usianya setahun lebih dia tahu ABC dan sebagainya.

“Boleh dikatakan dia banyak belajar daripada televisyen dan saya hanya membantu menambahkan pengetahuannya sedikit sebanyak sahaja,” katanya yang bekerja sebagai Koordinator di sekolah swasta.

Daripada segi pemakanan pun katanya si kecil makan seperti biasa dan tidak spesifikkan makanan untuk tumbesaran otak atau
sebagainya.

Berkongsi mengenai perancangan masa hadapan, keluarga ini sedang dalam proses membuat permohonan kepada Asian Book Of Records
dan Guinness World Records.

“Pengiktirafan amat penting dan berguna untuk masa depannya. “Ini sahaja mampu kami lakukan untuk menunjukkan sokongan dalam perkara yang disukainya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya