Eric Peris lagenda fotografi hitam putih

Eric Peris legenda fotografi hitam putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ERIC Peris, nama yang tidak asing lagi bagi peminat hasil seni fotografi tempatan yang menghasilkan gambar hitam putih.

Jurufoto veteran ini dilahirkan pada 1939 di Johor Bahru, Johor.


Beliau mewarisi darah seni keluarganya yang mana ayah beliau, O Don Peris adalah seorang pelukis manakala ibunya pula seorang penari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keluarga, memainkan peranan besar mempengaruhi minat beliau dalam fotografi.

Eric memulakan kerjaya sebagai jurufoto majalah Fanfare di Singapura.

Pada 1970 beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan bertugas sebagai Photojournalist di New Strait Time (NST).

Semasa di NST, beliau membina portfolio sendiri dan banyak menghasilkan gambar yang ikonik.

Beliau banyak menghasilkan esei foto dan mula menulis artikel tentang fotografi.

Eric mula mengadakan pameran foto pertama beliau pada 1982 dan sehingga kini, beliau sudah mengadakan kira kira 40 pameran foto secara solo.

Antara koleksi beliau yang masyhur ialah Siri Tingkap, Cahaya dan Bayang, Koleksi Penari, Rural Malaya dan Malayan Tin Mine.

Eric menghasilkan gambar hitam putih secara eksklusif.

Alasannya, filem hitam putih lebih murah (pada masa itu) daripada filem warna.

Sebenarnya beliau meminati imej monokrom yang mempunyai misteri tersendiri.

Karyanya mengangkat naratif dan falsafah tersendiri, dengan seni melihat sesuatu subjek yang diterjemahkan sebagai karya seni.

Dalam hitam dan putih, anda memberi perhatian kepada bentuk dan reka bentuk, itulah sebabnya hitam dan putih lebih mengujakannya.

Eric bersara pada 1994, namun hasil seni beliau boleh dilihat di ruang pameran seni yang beliau sertai.

Peminat fotografi berpeluang menyaksikan karya beliau yang sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara sehingga 5 Februari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini