Ekin Rahmat tak berhasrat semuka pemilik kedai - Utusan Malaysia

Ekin Rahmat tak berhasrat semuka pemilik kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Mawi, Ekin Rahmat tidak berhasrat untuk bersemuka dengan pemilik gerai makanan laut kerana enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

Jelas Ekin, dia sudah menyuarakan rasa tidak puas hati dan penjelasan berhubung isu tersebut maka tiada keperluan untuk dia bertemu dengan pemilik gerai makan tersebut.

“Bayaran pun sudah dijelaskan dan makanan masuk perut. Tak perlu untuk saya panjangkan isu ini, apatah lagi bertemu dengan individu tersebut.

“Niat kami sebenarnya mahu berkongsi rezeki. Tetapi lain pula jadinya. Kami ke kedai tersebut pun, dia yang panggil. Tetapi tidak mengapa, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya.

Isteri penyanyi Kian itu sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila meluahkan rasa terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan di kedai makan tersebut yang disifatkannya cekik darah.

Bagaimanapun, pemilik gerai tersebut membalas dakwaan Ekin dengan memuat naik video penjelasan dan memberi butiran terperinci makanan termasuk harga setiap hidangan.

Bercakap tentang video tersebut, Ekin mempersoalkan beberapa perkara yang dibangkitkan pemilik gerai tersebut termasuk resit dan bilangan ahli keluarga yang ada bersamanya ketika kejadian.

“Memang saya ada lihat video penjelasan makcik berkenaan. Tetapi resit tersebut tidak sama dengan apa yang diberikan kepada saya. Kalau ikutkan, resit asal tidak ada pun butiran terperinci untuk setiap hidangan.

“Malah bilangan anggota keluarga yang makan pada hari berkenaan bukanlah 20 orang seperti dinyatakan. Semuanya, 16 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi. Saya ada gambar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN