Terdengar ‘jeritan’ sampai sakit kepala ketika memeriksa tulang mayat antara pengalaman seram dilalui Pakar Perunding Forensik Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM/HUKM), Prof. Dr. Faridah Mohd. Noor. Kejadian itu berlaku ketika beliau yang bekerja di United Kingdom (UK) sedang menjalankan bedah siasat tulang yang dipos dari Malaysia. Dalam kejadian lain, alat pemotong tulang yang sedang dipegangnya, tiba-tiba ‘terbang’ sebaik sahaja beliau memulakan bedah siasat…