Aishah musykil pemilihan pasangan duet ASGV - Utusan Malaysia

Aishah musykil pemilihan pasangan duet ASGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah musykil dengan pemilihan pasangan duet para peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu ini yang bakal berentap menerusi tema, Berdua Bersatu.

Aishah yang bakal berduet dengan Vince berkata, ada peserta yang bakal berduet dengan ahli keluarga sendiri selain ada juga yang bakal menyanyikan lagu nyanyian sendiri berbanding peserta lain.

Jelas penyanyi Janji Manismu itu, pasangan duet juga bakal diadili dan memberi impak kepada persembahan peserta lantas menimbulkan persoalan bagaimana sistem penjurian akan berlaku.

“Ada pasangan duet yang kita sama ada jarang jumpa mungkin dan ada yang tak pernah jumpa. Setahu saya, duet partner juga akan dihakimi.

“Jadi bagaimana kalau nak dibandingkan dengan duet partner yang baru atau dah lama tak jumpa menyanyikan lagu yg mereka juga kena menghafal dan mengkaji lagu. Kalau dibandingkan pasangan yang nyanyi lagu sendiri,” katanya.

Biarpun sekadar bertanya, penyanyi berusia 55 tahun itu turut bertanya tentang bagaimana pasangan yang mungkin belum pernah berduet mencari keserasian dalam tempoh seminggu berbanding mereka yang sudah biasa.

“Rapport dan keserasian orang asing dengan keserasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza. Jadi pemarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada duet partner yang kena study lagu dan mencari keserasian dalam waktu yang singkat.

“Bagaimana pula dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup. Sekadar bertanya,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN