Wanita suntik inspirasi di pentas peragaan

Wanita suntik inspirasi di pentas peragaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUSKAN berjuang dan berusaha kerana diri anda begitu berharga. Demikian perkongsian penuh inspirasi kapten skuad kebangsaan, Steffi Sarge Kaur ketika tampil di pentas peragaaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023 lalu.

Atlet jelita berusia 35 tahun itu turut mengajak wanita memecahkan segala tembok halangan jika ingin menakluki bidang yang didominasi kaum adam.

Katanya, setiap cabaran mendatang perlu ditempuhi dengan kekuatan dan usah cepat mengalah bagi membuktikan potensi diri masing-masing.

Turut berkongsi mesej luar biasa di pentas peragaan itu ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

Acara sempena kempen global Walk Your Worth anjuran L’Oréal Paris itu turut menampilkan beberapa personaliti lain termasuk usahawan, Dr. Jezamine Lim, penggiat seni etnik, Belle Sisoski dan Pengasas Persatuan Vitiligo Malaysia, Sonya Charles.

Mereka tampil anggun dengan busana eksklusif sentuhan pereka tempatan seperti Nurita Harith, Syomirizwa Gupta dan Ezzati Amira.

Selain meraikan kepelbagaian dan kreativiti, inisiatif tersebut dalam masa sama dapat menghargai nilai diri seseorang kerana ia merupakan kunci utama ke arah masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura, Ankit Porwal berkata, slogan simbolik ‘Kerana dirimu begitu berharga’ yang sinonim dengan jenama tersebut terbukti membantu memperkasakan golongan wanita.

Malah, katanya slogan itu turut menjadi pendorong kaum hawa agar tidak gentar menggapai impian dan terus percaya pada kemampuan diri.

“Kami teruja dapat menganjurkan kempen global yang julung kali diadakan di negara ini.

“Sejak sekian lama, misi kami adalah menyuntik inspirasi dan menggalakkan wanita daripada pelbagai latar belakang agar menerima nilai diri mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya