PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

Bolehkah rendam anak HFMD dalam larutan garam kasar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menjadi satu lagi mimpi ngeri ibu bapa selepas virus Covid-19.

Ia sangat mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak dengan 170 kluster yang menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi tidak sihat.

Malah, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) mendedahkan sebanyak 9,822 kes direkodkan pada tahun ini.

Persoalannya, apabila penyakit berkenaan kian menular, ramai juga yang mula berkongsi remedi yang kononnya boleh melegakan simptom-simptom HFMD.

Antara popular adalah mandi menggunakan larutan garam kasar atau berendam di dalam air berenzim.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Pediatrik IMU, Dr. Erwin Khoo memberi amaran kepada ibu bapa bahawa rawatan sedemikian boleh merengsakan kulit.

Malah tiada bukti mengatakan kaedah berkenaan berkesan mempercepatkan proses penyembuhan yang lazimnya mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari.

“Tiada cara mencegah HFMD. Walaupun terdapat virus berbeza menyebabkan HFMD, tetapi tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejala. Yang ada hanyalah kaedah melegakan simptom,” katanya.

Ujarnya rawatan demam boleh dilakukan dengan memberi paracetamol atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), yang turut membantu mengurangkan kesakitan dan radang pada ulser mulut.

Namun ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak sebelum memberi NSAIDs kepada anak mereka.

ULSER

Boleh dilegakan dengan kudapan sejuk seperti aiskrim, yogurt dan agar-agar. Bilasan mulut tanpa alkohol dan gel mulut juga boleh membantu.

KUDIS
lMandi dengan kerap membantu melegakan kudis. Keringkan dengan lembut menggunakan tuala untuk mengelakkan lepuh daripada pecah (jika ada). Elakkan sabun mandi dan penyental kasar yang boleh merengsakan lagi kulit.

KOMPLIKASI SERIUS

Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dan pembelian ubat di farmasi, memadai melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki dan ulser mulut.

Dr Erwin berkata, biarpun bintik-bintik tersebut tidak gatal, ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang kanak-kanak daripada minum, makan dan menelan seperti biasa.

“Ia boleh membawa kepada penyahhidratan dan dalam kes-kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” jelasnya.

Pantau sekiranya anak kurang kencing, mulut kering atau kurang air mata apabila menangis.

Ia menandakan anak mengalami penyahidratan teruk dan memerlukan rawatan perubatan.

“Dapatkan rawatan perubatan segera jika berlaku gejala-gejala seperti pernafasan cepat, kebingungan, mengantuk, pening-pening, leher kaku, sawan, demam melebihi tiga hari dan apabila anak tidak mahu makan atau minum.

“Biarpun jarang berlaku namun, jangkitan itu boleh menyebabkan meningitis virus.“Jumpa doktor untuk mengelakkan komplikasi,” katanya.

MUDAH MENULAR

Ibu bapa perlu megambil berat mengenai penjagaan pesakit HFMD memandangkan ia mudah menular.

Kebiasaannya penyebab penyakit ini berasal daripada virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.

Virus-virus ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki.

Dr. Erwin berkata, virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari.

Tempoh eraman biasanya di antara tiga hingga tujuh hari dan boleh berterusan sehingga dua minggu.

“Situasi itu menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat dan sekiranya barang mainan serta perkakas dikongsi.

“Boleh jadi juga apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik terutamanya ketika melakukan rutin menukar lampin kotor selepas kanak-kanak membuang air besar,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya