pelepasan semula benih ketam dan udang

Pelepasan semula benih ketam dan udang tingkat hasil nelayan

PELEPASAN semula benih ketam dan udang beri pulangan ekonomi sebanyak RM450,000.00 kepada nelayan di sungai terlibat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelestarian sumber akuatik merupakan kunci utama dalam memastikan sumber bekalan semula jadi dikekalkan agar sumber induk spesies bernilai komersial dapat dikekalkan untuk penghasilan benih yang berkualiti.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, di bawah program penyelidikan Kelestarian Sumber, program pelepasan semula benih ketam bakau dan 2 juta udang galah telah berjaya dilepaskan di sungai utama di Terengganu bertujuan meningkatkan sumber populasi semula jadi udang galah di kawasan tersebut.

“Maklumbalas positif dari pihak komuniti nelayan di kawasan tersebut menyatakan hasil tangkapan udang telah meningkat setelah setahun program pelepasan dijalankan. Kajian yang dijalankan HICoE AKUATROP menunjukkan bahawa kadar pelepasan semula benih udang galah sebanyak 200,000 ekor.

“Malah pelepasan semula benih ketam bakau dan udang galah ke dalam sungai akan memberi pulangan ekonomi sebanyak RM450,000.00 kepada nelayan-nelayan sungai yang terlibat. Secara khususnya, hasil tangkapan udang galah nelayan meningkat dari purata 4kg (bernilai RM160.00) kepada purata 9kg (bernilai RM360.00),” ujarnya.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) iaitu Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) proaktif dalam menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan ilmu kelautan dan sumber akuatik serta keperluan makanan masa hadapan (Future Food) demi menyahut seruan kerajaan dalam keperluan Jaminan Makanan (Food Security) bagi sektor Perikanan dan Akuakultur Negara.

AKUATROP telah diberikan penarafan HICoE oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Disember 2020 bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT di dalam bidang penyelidikan nic makanan masa hadapan (Future food): Kelestarian Akuakultur Shellfish. KPT telah meluluskan dana sebanyak RM6.75 juta kepada HICoE AKUATROP untuk tujuan ini.

Entiti itu memfokuskan kepada empat program penyelidikan utama iaitu Kelestarian Sumber, Teknologi Pembiakbakaan, Kesihatan dan Jaminan Kualiti Makanan serta Teknologi Hijau yang mampu menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara.

Tambah Mazlan, penghasilan 300,000 benih anak ketam di Hatcheri AKUATROP juga telah berjaya dilepaskan di kawasan hutan bakau di Sungai Pulai, Johor dan Tanah Bencah Setiu, Terengganu.

Di bawah program penyelidikan Teknologi Pembiakbakaan, kajian di HICoE AKUATROP memberikan tumpuan kepada spesis krustasea yang bebas dan tahan terhadap penyakit.

Selain itu, turut mempunyai potensi besar dalam akuakultur dari segi teknologi pengurusan penternakan permintaan pasaran yang tinggi, nilai pasaran yang tinggi dan yang paling penting mampu meningkatkan sosio ekonomi petani serta masyarakat pesisir.

Misi keterjaminan makanan

Bagi menjayakan misi keterjaminan makanan, institut itu juga telah memulakan inisiatif penubuhan Broodstock Multiplication Centre (BMC).

Dengan adanya benih yang berkualiti, ianya akan meningkatkan hasil pengeluaran dan sekaligus akan mengurangkan kos pengeluaran.

“Kepentingan membangunkan induk yang bebas dan mempunyai ketahanan tinggi kepada penyakit perlu menjadi agenda utama khusus bagi kelestarian industri penternakan akuakultur di Malaysia.

“Institusi ini juga menggalas tugas membantu membangunkan induk spesis akuakultur baka tempatan berkualiti tinggi dengan penghasilan baka hibrid baharu, untuk bekalan kepada industri makanan laut di Malaysia khasnya dan serantau amnya,” ujarnya lagi.

—–ARTIKEL ini sumbangan bahagian korporat Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya