Permintaan bekalan unsur nadir bumi meningkat mendadak akhir-akhir ini apabila kebanyakkan negara beralih kepada penggunaan tenaga mesra alam serta ingin mengurangkan jejak karbon. Contohnya dengan kemunculan, kereta elektrik yang memerlukan enam kali input mineral nadir bumi berbanding kereta petrol. Dengan peralihan ke kereta elektrik, permintaan unsur nadir bumi ini akan meningkat setiap tahun. Oleh itu, tidak dinafikan kenapa industri perlombongan unsur nadir bumi ini menjadi topik hangat kerana perlombongannya melibatkan…










