Tampil santai, elegan dengan skirt midi

Tampil santai, elegan dengan skirt midi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Skirt midi merujuk kepada skirt yang panjangnya antara lutut hingga pergelangan kaki.

Skirt midi bersifat versatil dan mudah untuk dipakai bagi pelbagai majlis, sama ada kasual atau formal. Skirt midi juga menjadi simbol kebebasan, keceriaan dan keindahan wanita.

Terdapat pelbagai potongan skirt midi seperti A-line, pensel, bergelombang atau flare untuk disesuaikan dengan bentuk badan dan keutamaan peribadi seseorang.

Minggu ini, pilihan saya ialah skirt midi potongan A dari jenama Petit Moi iaitu skirt lemon dan polka.

Rekaan skirt dengan material linen ini pasti membuat kaum hawa jatuh cinta dengan gaya klasik.

Kedua-dua skirt midi ini mempunyai potongan aliran lembut yang membuatkan seseorang kelihatan anggun.

Malah, skirt yang melebar ke bawah ini adalah pilihan popular kerana memberikan siluet yang feminin dan serasi dengan pelbagai bentuk badan.

 

Sentiasa bergantung kepada gaya peribadimu dan kesesuaian untuk mencipta penampilan yang unik serta menawan.

Untuk penampilan yang lebih santai di pantai, tips saya ialah pilih blaus atau top daripada material ringan dan mudah bernafas seperti linen atau rayon.

Lengkapkan dengan aksesori seperti topi jerami, kaca mata hitam dan sandal.

Untuk gaya formal pula, padankan dengan blaus atau top yang dijahit kemas, twill, serta tumit tinggi atau flat dressy.

Berikan sentuhan peribadi dengan aksesori seperti tali pinggang atau skarf untuk membuatkan dirimu kelihatan on-point.

Selain itu, pastikan skirt midi yang dipilih memiliki panjang yang sesuai dengan ketinggianmu.

Idealnya, skirt midi harus mencapai pertengahan betis atau sedikit di atas kaki untuk menciptakan keseimbangan dan menonjolkan siluet badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN