Lan Solo sumbang suara dalam Sandiwara Alam

Lan Solo sumbang suara dalam Sandiwara Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo, terpilih menjayakan lagu Taman Eko Rimba Rasmi berjudul Sandiwara Alam yang turut dinyanyikan bersama Ekay Ekhuan dan Amy Nur Tinie serta beberapa kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Sandiwara Alam adalah projek inisiatif baharu Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi menyahut saranan pihak kerajaan negeri untuk mengadakan program atau aktiviti yang boleh memberikan impak positif kepada imej negeri.

Lagu itu juga adalah suatu bentuk baharu dalam mempromosikan sektor ekopelancongan melibatkan 13 lokasi Taman Eko Rimba (Hutan Lipur) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Dengan adanya inisiatif tersebut, Perak menjadi negeri pertama dan tunggal yang melancarkan lagu Taman Eko Rimba di Semenanjung.

Bagi Ekay, ini adalah sumbangan rasmi kedua dalam konsep nyanyian lagu kepada pihak jabatan yang sangat berharga selepas penglibatan pertama dalam lagu rasmi berjudul Penghijauan Malaysia sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang masih berlangsung sejak 2021 hingga 2025.

Untuk rekod, lagu ini dilancarkan sejak 5 Januari 2021 dan turut melibatkan penyanyi dan artis terkenal tanah air iaitu Hafiz Suip, Marsha Milan Londoh dan Maya Karin.

Sebelum ini, Ekay Ekhuan juga tampil dengan beberapa buah tangan seperti Retina Pelangi, Bulan Mulia kolaborasi dengan 6ixthsense, Instrumental Hutan Kita dan single baharu berjudul Dan Kita Bangkit duet bersama Amy.

“Saya sangat teruja untuk terus memberi sumbangan kepada jabatan dan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang berminat untuk bekerjasama di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Lagu ini dilancarkan semasa Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di hadapan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Taman Herba Gopeng, tahun lalu.

Sandiwara Alam boleh ditonton di YouTube dan dimuat naik di plaform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, KKBOX dan deezer.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya