Tudung sekolah awning on point jadi pilihan - Utusan Malaysia

Tudung sekolah awning on point jadi pilihan

Tampil lebih kemas dengan tudung bersengkuap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sudah beli tudung sekolah anak? Persiapan awal dapat memberi ruang untuk kita memilih uniform sekolah yang memenuhi citarasa anak-anak agar sesuai dengan saiz, material berkualiti dan pastinya mampu milik.

Sempena sesi persekolahan akan datang, jenama TudungSiComel melancarkan rekaan tudung terbaharu khas untuk murid pra-sekolah yang bersengkuap kemas.

Pengarah SBZ Prima Sdn. Bhd., Kapten Syahruddin Zainul TUDM (Bersara) berkata, sengkuap atau awning tudung lebih on point supaya anak-anak kelihatan kemas apabila memakainya dengan baju seragam sekolah.

“Murid sekolah biasanya memakai tudung dalam tempoh yang lama, dari pagi hinggalah ke petang.

“Seharian di sekolah pastinya memakai tudung yang selesa sangat penting. Justeru itu kita memilih untuk lebih fokus dalam penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai.

“Potongannya juga lebih singkat supaya selesa bila dimasukkan ke dalam baju,” katanya.

TudungSiComel turut menawarkan pilihan tudung untuk pelajar sekolah menengah.

Syahruddin mula memperkenalkan produk tudung sekolah pada 2013.

Katanya, ketika itu budaya bertudung seawal usia masih belum diterima secara meluas.

“Selepas lima tahun, saya lebih fokus kepada penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai dan syarikat berjaya membekalkan hampir semua jenis dan warna tudung sekolah di bawah satu bumbung,” katanya.

Ada tujuh jenis tudung sekolah dihasilkan antaranya tudung sekolah awning scuba (awning on-point), tudung sekolah awning lembut, tudung sekolah berdagu getah, tudung pra-sekolah, tudung sekolah berdagu, tudung sekolah berdagu labuh dan tudung sekolah dua lapis.

Kesemua produk berkenaan dipasarkan secara dalam talian dan melalui agen yang dilantik serta menggunakan website e-Commerce untuk memudahkan pelanggan dan agen dropship membuat tempahan. Ia boleh dimiliki pada harga antara RM16.90 hingga RM24.90 sehelai.

ISTIMEWA DAN CANTIK

Keistimewaan anak tudung yang dijahit menggunakan material dan warna yang sama dengan tudung, membolehkan ianya sesuai untuk dipakai ke sekolah. “Sesetengah sekolah tidak membenarkan pemakaian anak tudung bewarna-warni, jadi kami mengambil inisiatif menjahit anak tudung sesuai dan seragam dengan tudung sekolah,” ujarnya.

Mengulas mengenai sasaran, kata Shahruddin, beliau berhasrat menjadi one stop center bagi semua jenis tudung sekolah yang diperlukan di negara, sekaligus memudahkan ibu-ibu mendapat­kannya untuk anak masing-masing.

TudungSiComel baru-baru ini secara rasmi, disahkan sebagai sebuah syarikat patuh shariah dengan mematuhi hukum dan prinsip-prinsip shariah daripada sudut pengoperasian serta produk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya