PKE selamat digunakan dalam bahan makanan lembu tenusu - Utusan Malaysia

PKE selamat digunakan dalam bahan makanan lembu tenusu

Fenomena El Nino dikatakan boleh menjejaskan tabiat makan haiwan ternakan sehingga mengurangkan berat badan haiwan berkenaan pada waktu tuaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dedak isirung sawit (PKE atau PKC) selamat digunakan dalam bahan makanan untuk lembu tenusu.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, kajian yang menggunakan kumpulan PKE berbeza menunjukkan kesan positif secara konsisten terhadap prestasi dan kesihatan lembu tenusu.

Katanya, ia menunjukkan unsur surih yang berbeza daripada kumpulan pengeluaran PKE yang berbeza tidak mempunyai kesan negatif ke atas lembu tenusu.

Malah, penggunaan PKE dalam diet lembu tenusu dirumus oleh pakar pemakanan haiwan bagi memenuhi keperluan nutrien.

“PKE biasanya digunakan dalam nisbah tertentu dengan bahan makanan lain, menghasilkan tahap unsur surih dalam diet yang lebih bermanfaat dan lebih selamat untuk haiwan.

“Penemuan penyelidikan ini bercanggah dengan satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa PKE mengandungi kepekatan beberapa unsur seperti besi, magnesium dan fosforus yang melebihi paras selamat untuk kesihatan lembu tenusu,” katanya.

Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Artikel berkenaan, turut menyebut beberapa kelompok mengandungi kepekatan aluminium, kuprum (tembaga), sulfur dan kalium dalam 90 peratus daripada had selamat.

Dakwaan lain di dalam artikel itu termasuklah isu biodiversiti akibat penebangan hutan hujan tropika untuk pengeluaran minyak sawit.

Ahmad Parveez berkata, dakwaan artikel tersebut tidak dibuktikan secara saintifik dalam percubaan pemberian makanan, sebaliknya ia dibuat semata-mata untuk mempromosikan penggunaan bahan sisa makanan tempatan mereka yang banyak, sebagai alternatif kepada PKE dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan di tapak pelupusan di negara mereka,” katanya.

Industri Tenusu
Kesan penggunaan PKE dalam diet lembu tenusu menyumbang kepada kandungan lemak susu yang lebih tinggi, seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut dapat memberi manfaat kepada industri berkenaan.

Ia membolehkan susu dijual berdasarkan peratus kandungan lemak susu dan boleh membantu penternak memperoleh harga susu yang lebih baik.

Dengan menyesuaikan makanan lembu tenusu menggunakan PKE, kandungan lemak susu yang tinggi boleh dicapai.

Tambahnya, PKE digunakan secara meluas dalam diet lembu tenusu selama beberapa dekad dan kesan baiknya dilaporkan oleh ramai penyelidik.

Kajian mendedahkan penggunaan PKC sehingga 15 peratus daripada diet lembu tenusu mengurangkan kos makanan serta meningkatkan kandungan protein susu tanpa menjejaskan hasil susu.

“Kajian ini turut merumuskan bahawa disebabkan profil asid lemaknya yang spesifik, dua hingga tiga kilogram PKC yang diberi setiap hari kepada lembu tenusu, cenderung meningkatkan kandungan lemak susu untuk penghasilan mentega yang pejal,” katanya.

Secara amnya PKE lebih selamat untuk diberi makan kepada lembu tenusu apabila bekalan makanan tidak dikawal dengan teliti atau apabila kualiti foraj sangat subur.

Dedak isirung sawit.

Lazimnya, ia turut boleh diberi makan pada kadar peratusan yang lebih tinggi bagi setiap lembu tenusu setiap hari berbanding gandum, barli atau bijirin jagung tanpa menyebabkan masalah asidosis rumen kerana paras serat detergen neutral (NDF) yang tinggi dalam PKC,” katanya.

Nisbah fosforus kepada kalsium tinggi
Nisbah fosforus kepada kalsium yang tinggi dalam PKC, menjadikannya pilihan yang baik untuk makanan lembu tenusu.

Memetik satu kajian, Ahmad Parveez berkata, PKC digunakan sebagai bahan biasa dalam catuan lembu tenusu di Jerman dan Belanda, dengan kira-kira 10 peratus manakala di Malaysia pula, ia digunakan lebih daripada 50 peratus dan tiada kesan negatif dilaporkan.

Fosforus dan kalsium, unsur surih dalam PKC memainkan peranan utama sebagai galian penting yang diperlukan untuk transformasi tenaga biokimia dalam semua sel badan selain membentuk asas mineral tulang dan gigi bagi ternakan.

“Penggunaan pada 40 peratus, meningkatkan lemak susu dan jumlah kandungan pepejal tanpa menjejaskan hari dan jumlah pengeluaran susu, berat badan dan keadaan badan, dalam lembu tenusu kacukan. Kandungan NDF antara 50 dan 65 peratus dalam PKC, meningkatkan kandungan lemak dalam susu,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan, negara tidak membenarkan penebangan hutan untuk penanaman sawit.

State of the World’s Forests 2020 melaporkan, jumlah kemusnahan hutan menurun secara global dan ia menunjukkan petanda positif mengenai keseimbangan antara pemuliharaan biodiversiti dan penggunaan atau pembangunan hutan mampan memang wujud.

“Berdasarkan perspektif mengenai komitmen Malaysia termasuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), penurunan kemusnahan hutan primer di Malaysia selama empat tahun berturut-turut (dari 2017-2020), mungkin menyumbang ke arah aliran menurun ini seperti yang dilaporkan oleh Global Forest

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya