Boleh saya fokus promosi lagu baharu? - Cliff Umar - Utusan Malaysia

Boleh saya fokus promosi lagu baharu? – Cliff Umar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Legion, Cliff Umar tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung penularan sebuah video yang mendakwa penyanyi tersebut mengabaikan nafkah anak-anak dengan bekas isterinya.

Cliff yang juga juara Gegar Vaganza (GV) musim ke-7 berkata, ketika ini dia hanya mahu menjawab soalan berhubung Legion, sementelah mereka dalam rangka promosi single baharu, Haprak.

“Sekarang saya sedang mempromosikan band Legion. Kami ada lagu baharu, Haprak.

“Dengar lirik lagu betul-betul. Tafsirkan mengikut pengamatan anda sendiri kerana ada maksud tersirat,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama penyanyi itu kecoh di media sosial selepas tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita bernama Nine mendakwa sebagai bekas isteri Cliff dan mendedahkan penyanyi itu telah mengabaikan nafkah untuk anak-anaknya.

Bercakap soal Haprak, Cliff berkata, lagu tersebut mengisahkan pengharapan rakyat terhadap kestabilan politik dan menghapuskan pembohongan yang terkait dengan dunia tersebut.

“Haprak adalah sebuah lagu yang dalam maksudnya. Ia berbeza dari segi lirik dan komposisi melodi,” ujarnya.

Selain Cliff, Legion diasaskan penyanyi rap tanahair, Reefa turut dianggotai Puvan (gitaris) dan Ananth (gitaris).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN