SUDAH tiba masa produksi di negara ini mempelajari kaedah penerbitan drama dan filem daripada pemain industri Korea Selatan. Aspek pembelajaran bukan terhad kepada teknikal semata-mata, tetapi juga memperhalusi bagaimana kehebatan sesebuah kertas kerja produksi di negara tersebut sehingga dipandang tinggi masyarakat dunia. Kita tidak mahu lagi disajikan cerita kitar semula mengenai dunia korporat Melayu atau kisah cinta yang akhirnya merugikan industri seni kreatif negara. Seandainya perubahan tidak segera dilakukan, hasrat…










