Mia Ahmad selamat timang anak ketiga - Utusan Malaysia

Mia Ahmad selamat timang anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mia Ahmad, 35, selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiganya pada pukul 1.25 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi suami Mia yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd. Izham Tarmizi  menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Izham dalam hantaran yang sama berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan urusan isteri dan anaknya itu, pada masa sama berharap urusan mereka juga dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi daripada rakan pemain bola sepak, selain pelakon Eyka Farhana yang turut mengucapkan tahniah atas kehadiran permata berharga dalam kehidupan pasangan tersebut.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaf Issa, 4, dan Iris, 2.

Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi dikenali menerusi wataknya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Seorang Perempuan yang pernah disiarkan menerusi TV3.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya