Cukup orang tahu saya sudah bernikah – Fyna Jebat - Utusan Malaysia

Cukup orang tahu saya sudah bernikah – Fyna Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Ya, saya telah ber­nikah”.

Itu jawapan diberikan penyanyi, Fyna Jebat ketika ditanya kesahihan gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Pengakuan Fyna itu melenyapkan segala spekulasi yang timbul, malah hangat diperkatakan, sepanjang minggu lalu.

Namun, Fyna atau nama sebenarnya, Nurshafyna Jebat, 29, kelihatan kurang selesa dan jika diberi pilihan, enggan mengulas panjang isu tersebut.

Atas dasar menghormati peranan media, adik kepada penyanyi, Ayda Jebat itu tidak melarikan diri, sebaliknya tampil memberikan penjelasan ketika ditemui usai program, Famili Duo musim kedua, malam kelmarin.

Meskipun diasak dengan pelbagai soalan, Fyna tetap bertegas untuk tidak memperincikan perkara tersebut.

Katanya dia tidak mahu cerita pernikahannya menjejaskan fokus terhadap pertandingan yang disertai bersama Ayda.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Terima kasih kepada anda yang memberi komen yang baik.

“Saya harap anda doakan saya dan keluarga, itu sahaja yang boleh saya kongsi kepada semua,” jawabnya ringkas.

Ketika membuat pengakuan, Fyna mengambil sedikit masa untuk menyatakan identiti lelaki yang bertakhta di hatinya, namun akhirnya, mengiyakan Zainal adalah suaminya.

“Ya, dengan beliau,” katanya.

BERHABIS RM50,000

Fyna dan Ayda pada malam itu turut berkongsi kegembiraan apabila mendahului pertandingan dengan meraih markah tertinggi iaitu 57.7 peratus.

Pasangan adik-beradik itu menambat hati juri dan penonton menerusi lagu Bertakhta Di Hati, nyanyian Farahdhiya yang dibawakan dalam versi rock.

Kata Aida, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan sepanjang empat minggu bertarung terbalas apabila menduduki tangga pertama.

“Tentunya kami gembira dengan pencapaian ini. Saya harap peminat berpuas hati dengan persembahan kami.

“Kami meletakkan standard yang tinggi dalam persembahan sejak minggu pertama. Tambahan pula, kami telah mengeluarkan peruntukan besar, kira-kira RM50,000 untuk menghasilkan persembahan yang baik setiap minggu.

“Kami lega, segala penat lelah dan pengorbanan terbalas apabila menang pada minggu keempat,” ujarnya.

Disoal tentang tekanan, Ayda memaklumkan, situasi tersebut dirasai sejak minggu pertama lagi.

Bagaimanapun, mereka cuba memberikan terbaik untuk menghasilkan persembahan yang bagus sehingga peringkat akhir nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×