Bukan kami yang tinggalkan rumah, dia banyak kali keluar- Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Bukan kami yang tinggalkan rumah, dia banyak kali keluar- Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jika Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan cakap: ‘Ayah banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami (tinggalkan rumah).”

Itu jawapan balas pelakon, Puteri Sarah terhadap kenyataan suaminya, Syamsul Yusof yang meminta pelakon itu pulang ke rumah membawa anak-anak untuk berbincang tentang polemik rumah tangga mereka.

Puteri Sarah dalam hantaran sama di Instagram turut meminta Syamsul tidak menggunakan nama Tuhan untuk terlihat baik pada mata umum.

“Jangan putarkan kebodohan itu kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk nampak seperti malaikat di mata manusia,” katanya.

Pelakon itu memberi respons kepada berita pernikahan suaminya dengan Ira Kazar yang berlangsung hari ini di sebuah lokasi di Thailand.

Sebelum itu, Syamsul dalam video yang dimuat naik di Instagram, mengesahkan berita tersebut, pada masa sama, menegaskan Puteri Sarah masih isterinya dan mengharapkan kepulangan pelakon tersebut.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tidak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Puteri Sarah yang sedang sibuk di set penggambaran Andai Itu Takdirnya ketika ini turut memuat naik gambar pernikahan Syamsul dan Ira sambil melayangkan pertanyaan:

“Gambar ini nikah kat Thailand? Betulkan Syamsul Yusof?” tanyanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya