KALI ini pengacara, pelawak dan pelakon, Didie Alias menduduki kerusi juri musim baharu, The Masked Singer Malaysia. Janjinya? Fesyen di luar kotak dan itu juga menjadi keunikan yang membentuk identiti Didie Alias. Lantas, bersediakah dia untuk dikecam? Segelintir warganet pula ibarat menanti mangsa dan waktu sesuai, manakala Didie seolah-olah membuka luas ruang itu untuk mereka. “Lama sebenarnya saya tidak terlibat dalam program realiti. Apabila mendapat tawaran The Masked Singer Malaysia,…










