Rindunya suara Zaleha Hamid - Mas Idayu - Utusan Malaysia

Rindunya suara Zaleha Hamid – Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama Zaleha Hamid begitu sinonim dengan irama dangdut, malah penyanyi itu juga menjadi pencetus kebangkitan genre yang menaikkan adrenalin pendengar untuk turut sama bergoyang.

Lagu malar segar seperti Nasib Janda, Dangdut Reggae, Jangan Segan-Segan dan Pria Idaman antara sentuhan yang memacu Zaleha, 65, ke puncak populariti.

Kehebatan wanita kelahiran Pulau Pinang itu diakui Ratu Gelek 45 Darjah, Mas Idayu yang menyifatkan Zaleha sebagai penyanyi dangdut yang tiada tandingan.

“Kak Zaleha adalah pencetus irama dangdut dengan muzik yang unik. Saya sangat menghormatinya sebagai penyanyi dan merindui suaranya.

“Saya berharap dia akan kembali sihat dan dapat mendendangkan semula lagu lamanya yang popular,” katanya.

Ditanya lagu Zaleha yang menjadi kegemarannya, Mas Idayu berkata, Jangan Kau Tangiskan yang terdapat dalam album Curahan Rasa pada 1982 adalah antara sentuhan yang berbekas di hatinya.

Zaleha atau nama sebenarnya, Siti Zaleha Abdul Hamid diserang angin ahmar selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Johor Bahru pada 23 Disember 2019.

Kejadian itu berlaku selepas dia pulang dari Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan program pentas akhir, Gegar Vaganca musim keenam (GV6).

Selain dangdut, Zaleha juga terkenal dengan irama Hindustan dan Melayu Deli sekitar era 1980-an.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya