LIMA tahun lamanya dia menutup hati. Bukan tidak mahu, cuma mungkin belum bersedia. Tetapi, tahun ini dia sudah bersedia. Lamaran diterima, pinangan juga sudah. Cuma tunggu majlisnya sahaja kelak. Ini bukan cerita tentang perkahwinan. Sebaliknya, pinangan untuk Fauziah Ahmad Daud merealisasikan pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan di Gateway Theatre, Singapura. Barangkali ramai yang rasa ‘tertipu’. Apatah lagi, status di Facebook milik seniwati itu…










