Lancar dua single serentak, itu strategi dan identiti - AishaHanim - Utusan Malaysia

Lancar dua single serentak, itu strategi dan identiti – AishaHanim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mahu mencipta kontroversi semata-mata untuk meraih populariti segera, penyanyi duo, AishaHanim tekad mengekalkan identiti melancarkan dua single baharu serentak sebagai strategi.

Jelas AishaHanim, mereka lebih selesa bergerak perlahan-lahan kerana risau kontroversi yang sengaja dicipta boleh mencemarkan nama dan akhirnya mengundang persepsi kurang manis daripada warganet.

“Memang kami akan melancarkan dua single serentak setiap dua tahun. Kami sebolehnya cuba mencari ruang dan mengumpul peminat tanpa mencipta sebarang spekulasi atau kontroversi.

“Lebih baik kami perlahan-lahan membuktikan bakat daripada membuka ruang kecaman kepada warganet. Tidak apa lambat, perlahan-lahan kayuh,” ujar mereka.

AishaHanim yang dianggotai pasangan kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza Abu Bakar ditemui pada majlis pelancaran dua single baharu mereka, Tinggalan Cinta dan Dua Muka, baru-baru ini.

Bercerita tentang Tinggalan Cinta, AishaHanim berkata, lagu ciptaan Omar K dan Hanis Rafi serta lirik oleh Firdaus Rahmat ini juga terpilih sebagai runut bunyi sebuah drama yang bakal disiarkan tahun hadapan.

“Bagi kami, ini rezeki apabila JS Pictures memilih Tinggalan Cinta bagi drama mereka. Memang teruja sangat. Ini kali kedua kami bekerjasama dengan produksi itu selepas lagu Angkara.

“Sementara itu, Dua Muka yang membawa genre pop dan catchy turut dicipta komposer dan penulis lirik yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, AishaHanim berkata, video muzik kedua-dua lagu itu sudah boleh ditonton di YouTube dan semua platform digital.

“Penggambaran video muzik Tinggalan Cinta dilakukan di Pulau Redang dan menampilkan pelakon, Iqram Dinzly. Manakala untuk Dua Muka pula, kami menampilkan Tiktoker popular, Uwais,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya