Kejayaan Siti miliki rumah di Dubai beri inspirasi - Asyraf Khalid - Utusan Malaysia

Kejayaan Siti miliki rumah di Dubai beri inspirasi – Asyraf Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Mak Iti memang layak menerima semua ini di atas kerja keras yang tidak henti-henti.”

Itu kata-kata penghargaan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang berkongsi kejayaan penyanyi nombor satu negara itu membeli kediaman di Dubai.

Asyraf menerusi Instagram mengucapkan tahniah dan menyifatkan pencapaian tersebut sebagai inspirasi untuk dia serta isteri, Tya Ariffin bekerja lebih keras.

“Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Kami sangat gembira dan berbangga melihat pencapaian awak.

“Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya untuk bekerja lebih kuat. Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti,” katanya.

Asyraf juga menambah, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu sememangnya layak untuk meraih kejayaan seperti itu atas kerja keras tanpa henti sepanjang hampir 27 tahun dalam industri muzik.

“Saya doakan Allah akan murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Harapnya selepas ini kalau saya ke Dubai, tidak perlu kami menyewa hotel,” seloroh Asyraf.

Sementara itu, meninjau beberapa perkongsian di Twitter, penyanyi tersebut dipercayai membeli kediaman jenis kondominium yang terletak di The Address, Dubai Mall.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya