Enggan menyesal, Shiha Zikir sanggup berhabis demi AJL 37 - Utusan Malaysia

Enggan menyesal, Shiha Zikir sanggup berhabis demi AJL 37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shiha Zikir tidak pernah berkira, malah sanggup membuat pelaburan besar bagi memastikan kemunculannya pada acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) memberikan kepuasan.

Kata Shiha, sebagai penyanyi, dia perlu mencari kelainan dalam setiap persembahan, justeru tidak kisah mengeluarkan wang poket sendiri untuk merealisasikan perkara tersebut.

“Setiap kali diberi peluang beraksi, saya akan berikan yang terbaik, terutama melibatkan teknologi pentas.

“Saya tidak kisah berhabis (wang). Contoh, saya laburkan hampir lima angka untuk merealisasikan konsep persembahan lagu Irama pada persaingan Semi Final Muzik-Muzik 37 lalu. Perbelanjaan tersebut untuk penggunaan laser, bayaran penari, baju dan sebagainya.

“Itu adalah pilihan sendiri dan saya memang tidak berkira. Sekalipun jika saya tidak menang apa-apa, sekurang-kurang saya sudah berikan yang terbaik dalam persembahan. Saya tidak mahu menyesal pada kemudian hari,” katanya.

Lagu Irama, ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves turut mara ke kemuncak AJL 37 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 Februari depan.

Ditanya perancangannya untuk persembahan pada AJL37, Shiha memaklumkan, dia inginkan kelainan dan berusaha merealisasikan sesuatu yang akan memberikannya kepuasan jitu ketika beraksi di pentas tersebut.

“Saya sebenarnya mahu mencari teknologi pentas yang belum pernah digunakan pada mana-mana persembahan secara langsung sebelum ini. Saya tahu ia akan melibatkan kos yang terlalu tinggi, tetapi demi kepuasan, saya tidak kisah.

“Dengan mengetengahkan teknologi baharu, secara tidak langsung saya membantu pakar di sebalik persembahan tersebut, sekali gus mengangkat kreativiti mereka ke tahap lebih baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya