Anna Jobling tersenarai individu paling tinggi carian di Google - Utusan Malaysia

Anna Jobling tersenarai individu paling tinggi carian di Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Anna Jobling, 22, terkejut apabila namanya tersenarai sebagai antara individu paling tinggi carian di Google bagi 2022.

Mengulas perkara itu, Anna berkata, dia terharu apabila menjadi antara 10 personaliti di Malaysia yang tersenarai, namun yakin carian tersebut dibuat untuk perkara positif berkaitan perjalanan kerjaya seninya.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara ini. Saya yakin, carian dibuat cenderung kepada perkara positif, terutama berkaitan kerjaya seni yang semakin mengukuh selepas lima tahun menempatkan diri.

“Saya akui, drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama, selain sokongan peminat dari Malaysia dan serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan dirinya dihargai, Anna berkata, pencapaian itu juga mengingatkannya supaya sentiasa merendah diri dan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kerjanya.

“Saya tidak terfikir ramai individu melakukan carian nama saya. Semua orang menggunakan carian di Google untuk mendapatkan maklumat.

“Saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya.

“Pihak pengurusan, Mask Team merangka banyak perancangan berkaitan kerjaya dan Alhamdulillah, membuahkan hasil. Insya-Allah, untuk 2023, saya dalam perancangan melebarkan sayap ke negara seberang, Indonesia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya