Mahu fokus berlakon, Irfan Haris tangguh niat sambung belajar - Utusan Malaysia

Mahu fokus berlakon, Irfan Haris tangguh niat sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun meraih anugerah Pelajar Terbaik, Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU, baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris, belum bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Irfan berkata, dia ingin terlebih dahulu memberi fokus kepada kerjaya seni dan menetapkan masa sekurang-kurangnya setahun untuk meneroka serta mengasah bakat dalam bidang lakonan.

Anak kelahiran Johor Bahru berusia 20 tahun itu juga mahu mempraktikkan ilmu seni persembahan yang dipelajari dan menerapkannya ketika beraksi di depan kamera.

“Saya pernah mendapat tawaran berlakon, dua tahun lalu. Namun, terpaksa tolak untuk memberi fokus pada pelajaran.

“Apabila sudah selesai pengajian, saya bercadang untuk kembali meneroka bidang lakonan dengan lebih serius.

“Jangan salah faham kerana itu bukan bermaksud saya tidak mahu menyambung  pengajian lagi. Saya beri masa setahun untuk mencuba sebelum kembali menyambung pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda pula,” katanya.

Irfan berkata, keluarganya menjadi tulang belakang ketika dia berusaha meraih kejayaan dalam pelajaran.

Dia yang popular dengan lagu Pesan berkata, kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman, sangat gembira dengan keputusan yang diperoleh, malah turut hadir ke majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaan itu.

“Saya terharu dengan sokongan yang diberikan. Bukan senang untuk terima anugerah ini. Mengalir juga air mata saya ketika mendapat anugerah itu,” katanya.

Ketika ini, Irfan sedang sibuk mempromosikan single terbaharu, Nervous yang dilancarkan, beberapa hari lalu.

Diterbitkan Rocketfuel Entertainment, lagu itu ciptaannya bersama komposer Haiqal Iskandar, manakala lirik ditulis Ubaidillah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya