Iman Troye belum fikir soal jodoh - Utusan Malaysia

Iman Troye belum fikir soal jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), Iman Troye tidak mahu terpalit dengan kontroversi membabitkan mana-mana lelaki kerana matlamatnya kini adalah untuk memberi fokus kepada bidang nyanyian.

Penyanyi berusia 20 tahun itu berkata, zaman ‘suka-suka’ sudah berakhir dan dia kini, perlu memikirkan strategi untuk memantapkan lagi perjalanan kerjaya seninya.

Justeru, kata Iman, dia terkejut apabila persahabatannya dengan seorang jejaka mencetuskan spekulasi, sedangkan antara mereka tiada hubungan istimewa.

“Sebenarnya, lelaki itu adalah kawan Iman, tetapi tidak sangka orang boleh mencetuskan spekulasi. Kami kenal menerusi kawan dari sebuah kumpulan WhatsApp.

“Kalau keluar, kami tidak pergi berdua, sebaliknya beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Kami pernah buat live di TikTok bersama-sama, tetapi tidak pernah bermesej secara peribadi,” katanya .

Spekulasi penyanyi lagu Teman itu sedang akrab dengan seorang jejaka tercetus selepas klip video dia sedang berbual dengan lelaki tersebut tular di media sosial.

Ditanya sama ada dia sengaja mahu menutup isu percintaannya sebelum ini, jawab Iman, dia masih dalam proses ‘sembuh’ daripada luka lama.

Sehubungan itu, dia tolak ketepi dahulu soal menjalin hubungan serius. Iman bahkan berkata, klip perbualan dengan lelaki tersebut juga bukan gimik bagi mempromosikan lagu baharunya.

“Namanya Daniel, seroang pelajar dan berusia 19 tahun, muda setahun daripada Iman. Kami kenal tidak sampai setahun.

“Saya tidak tahu sama ada dia mempunyai teman wanita atau tidak. Saya tidak berharap apa-apa,” katanya.

Mengulas persembahannya ketika Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37, baru-baru ini, Iman yang membawakan lagu Nang hasil ciptaan komposer dan penulis lirik, Ezra Kong serta A.Ramle berkata, peluang mara ke AJL37 adalah pencapaian besar buat dirinya.

Di sebalik kegembiraan itu, Iman berkata., dia juga gementar memandangkan dirinya masih mentah dalam bidang nyanyian, apatah lagi perlu bersaing dengan penyanyi berpengalaman lain.

“Saya takut dengan harapan penonton terhadap persembahan saya nanti. Sudah tentu mereka meletakkan jangkaan tertentu terhadap persembahan saya.

“Berjaya ke peringkat Separuh Akhir adalah pencapaian yang tinggi, apatah lagi melepasi ke AJL37. Lagipun , bukan mudah untuk mendapat sentuhan Ezra dan A.Ramle ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.