Harap Anwar sampaikan khutbah Jumaat esok - Fedtri Yahya - Utusan Malaysia

Harap Anwar sampaikan khutbah Jumaat esok – Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya mengusulkan cadangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Jumaat pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan membacakan khutbah Jumaat, esok.

Menerusi ciapan di Twitter, Ahmad Fedtri berharap, masjid akan lebih makmur dengan sudut keilmuan, sekali gus dapat melahirkan hujjatul Islam yang berkualiti.

Ciapan yang dimuat naik itu mendapat lebih 16,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada warga maya.

Seorang pengguna, Azlan Shah NK memuat naik hantaran mengharapkan Anwar akan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara kerana ia merupakan tempat bermulanya gerakan reformasi, 24 tahun lalu.

Samsuri Mamat pula berharap idea tersebut menjadi kenyataan dan Anwar dapat menyampaikan khutbah secara langsung.

Sementara itu, Athirah Yusof pula menyifatkan, ia sebagai cadangan yang cukup baik dan berharap Anwar dapat mempertimbangkannya.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Istiadat angkat sumpah di Istana Negara menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya