Gila bayang? Saya tak cemburu pun dia nak kahwin - Adam Shahz - Utusan Malaysia

Gila bayang? Saya tak cemburu pun dia nak kahwin – Adam Shahz

ADAM tiada masalah jika Fatin Afeefa kembali bertemu jodoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Adam Shahz, 41, menafikan dia cemburu apabila bekas isterinya, pelakon, Fatin Afeefa dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, tidak lama lagi.

Menurut Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia tidak lagi ambil peduli kehidupan peribadi bekas isterinya selepas mereka berpisah kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

“Bila masa pula saya gila bayang? Saya langsung tidak kisah memandangkan masih mampu bekerja untuk mencari rezeki. Dia ada mesej cara baik, baru-baru ini untuk minta sijil cerai. Saya permudahkan urusan dia.

“Selama ini, ada saja yang tidak kena antara kami. Bahagian mana yang saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, lagipun kami sudah lima tahun bercerai.

“Sekarang ini, saya hanya fikirkan mengenai anak, tidak perlu perkara seperti ini dijadikan isu. Itu rezeki masing-masing. Jika Allah takdirkan dia hidup senang, itu rezeki bekas isteri,” katanya.

Pelakon siri drama Juvana itu berkata, dia juga tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu sekiranya dijemput.

“Sebelum ini, saya pernah cakap, tiada apa-apa isu. Jika dia mahu kahwin, kahwinlah. Demi Allah! Orang ramai kata saya ‘meroyan’ sebab dia  mahu mendirikan rumah tangga.

“Kalau dia jemput, saya datang. Apapun yang terjadi, dia tetap emak kepada anak saya. Saya senang saja, jangan merumitkan,” katanya.

Adam bagaimanapun mendakwa, sejak kemelut antara mereka berlaku, dia sukar bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia.

Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah, namun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara itu.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, tetapi berpisah pada 30 Mei 2017.

Fatin Afeefa, semalam mengumumkan nekad membuat keputusan meninggalkan industri hiburan kerana enggan terus berhadapan tohmahan yang boleh menjejaskan emosi anak-anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya