KETIKA sebahagian penyanyi mengambil keputusan menunda penganjuran konsert susulan faktor cuaca, selain memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kumpulan Exists tetap tegar meneruskan agenda Konsert Resolusi Exists pada malam Jumaat lalu. Ternyata, keputusan yang dibuat tidak sia-sia apabila kira-kira 1,000 peminat setia kumpulan tersebut hadir memenuhi Zepp Kuala Lumpur pada malam penuh bersejarah itu. Konsert bermula tepat pukul 8.30 malam dengan persembahan awal menyaksikan kemunculan vokalis, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat membuka tirai dengan vokalnya yang masih menyengat. Mamat membawa penonton kembali ke era kegemilangan Exists dari 1991…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya