Amal pemakanan sihat bukan kerana obses kurus - Atikah Suhaime - Utusan Malaysia

Amal pemakanan sihat bukan kerana obses kurus – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Atikah Suhaime, 31, menafikan dia terlalu obses menurunkan berat badan sehingga mengamalkan diet berterusan, meskipun sudah mendapat susuk tubuh yang diimpikan.

Menurut Atikah, dia sedar, ramai yang mempersoal perkongsiannya di TikTok mengenai menu terbaik untuk mereka yang ingin diet.

Katanya, perkongsian itu sebenarnya lebih terarah kepada menerapkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan menerusi amalan pemakanan sihat.

“Saya tidak pandai berkongsi perkara lain seperti menari, jadi saya jadikan memasak sebagai pengisian untuk mendekatkan saya dengan peminat.

“Saya kongsi ilmu yang diperoleh daripada jurulatih peribadi dan berharap ia memberi manfaat kepada pengikut saya di platform tersebut.

“Harap jangan salah faham kerana saya bukan mahu menurunkan lagi berat badan. Saya amalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan,” katanya pada sidang media drama terbaharu lakonannya, Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian semalam.

Drama itu merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin yang memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi, Siti Nordiana.

Ditanya tentang kehadiran wajah baharu dalam industri hiburan, Atikah berkata, dia sentiasa memberi sokongan kepada mereka yang berminat menceburi bidang seni.

“Saya suka melihat kehadiran ramai pelakon muda. Malah, saya juga banyak belajar daripada pendekatan mereka di media sosial. Mereka mempunyai idea yang sangat kreatif.

“Melihat kehadiran mereka membuatkan saya sentiasa mempersiapkan diri untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan.

“Zaman sekarang tidak sama seperti dahulu. Kalau mereka lebih tertumpu kepada media sosial, saya pula sempat merasai pengalaman sebagai penghias muka depan majalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya