Ahli keluarga Ira Kazar langgar perintah injuksi - Utusan Malaysia

Ahli keluarga Ira Kazar langgar perintah injuksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan, peguamnya mendapati ahli keluarga Ira Kazar melanggar perintah injuksi interim dengan mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial, minggu lalu.

Puteri Sarah berkata, pihak peguamnya sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan itu dan telah menghantar satu notis komital/penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai kepada individu tersebut, semalam.

“Saya ingin maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi dan perkara itu sudah saya serahkan kepada peguam.

“Sepatutnya pihak sana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.

“Peguam yang mewaklli saya, bagaimanapun mengesan ada individu daripada ahli keluarga pihak sana yang membuat kenyataan di media sosial. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran Body Flasshh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan warga maya.

“Saya dapat tahu perkara tersebut daripada netizen. Ikutkan saya memang tidak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

“Apabila dimaklumkan mengenainya, saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar perintah injuksi atau sebaliknya.

“Peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat diserahkan kepada individu tersebut, semalam,” ujarnya.

Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan, 28 Jun lalu.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah tersebut juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Puteri Sarah, 37, mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya