Kali terakhir Jula Juli Bintang 7 dipentaskan adalah sekitar hampir dua dekad lalu oleh Kumpulan Bangsawan Sri, Universiti Sains Malaysia (USM) di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kisah Melayu klasik itu bagaimanapun akan kembali dipersembahkan, kali ini di pentas berprestij, Istana Budaya (IB) pada 29 dan 30 Oktober ini. Teater muzikal arahan Zaifri Husin itu menampilkan barisan pelakon seperti Shiha Zikir, Ezad Lazim, Fiza Thomas, Joey Daud, Idris Brown…