Jangan perlekeh orang sedang berhijrah - Nora - Utusan Malaysia

Jangan perlekeh orang sedang berhijrah – Nora

NORA menasihatkan individu yang dalam proses berhijrah agar tidak berputus asa dan terus melakukannya kerana Allah SWT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menasihatkan individu yang dalam proses penghijrahan ke arah kebaikan agar tidak berputus asa dan terus melakukannya kerana Allah SWT.

Nora menerusi satu perkongsian di Instagram berkata, hijrah tidak mudah dilakukan dan menuntut semangat serta kesabaran yang tinggi.

“Kepada sahabat yang ingin berhijrah dan sedang bertarung dalam penghijrahan, saya tahu ia bukan mudah serta sangat mencabar.

“Teruskan… Jangan putus asa. Kalau kita tersasar, segera buat ‘u-turn’. Istiqamah, insya- Allah. Bila kita buat sesuatu, niat hanya kerana Allah SWT. Dalam susah, pasti ada senang.

“Penghujungnya, Allah tidak melihat pakaian atau ijazah kita, tetapi pengakhiran, ‘hati’ dan amalan kita. Wallahualam,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Nora juga sempat menceritakan secara ringkas pengalaman proses penghijrahan yang dilaluinya.

“Masa mula-mula berhijrah dulu, arwah (Johan Nawawi) selalu berpesan, hijrah ibarat mendaki bukit atau naik tangga. Kalau terlalu laju, tergopoh-gapah, kita akan mudah terjatuh dan sakit. Bila sakit, kita akan putus asa dan berhenti.

“Makanya, kita kena naik dan mendaki perlahan-lahan. Bila penat, berehat seketika kemudian sambung lagi. Lama-kelamaan, kita akan sampai ke puncak dengan penuh ketenangan dan pengajaran.

“Panorama indah dapat kita lihat setelah susah mendaki. Kita akan lihat dan fahami kepayahan orang lain, mereka yang mendaki seperti kita,” kongsinya lagi.

Penyanyi lagu Menyemai Cinta Bersamamu itu juga berharap, masyarakat tidak menghina dan merendah-rendahkan, sebaliknya memberikan nasihat serta sokongan kepada mereka yang ingin berhijrah.

“Saya menyeru kepada orang yang banyak ilmu, warak dan alim agar jangan memandang hina, rendah, melabel ‘jahil’ dan memperlekehkan orang yang berhijrah.

“Berilah ilmu dan nasihat yang penuh hikmah serta kasih kerana Allah SWT,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.