Dulu peminat takut nak dekati saya - Farid Kamil - Utusan Malaysia

Dulu peminat takut nak dekati saya – Farid Kamil

FARID akur menerima ujian Allah yang membentuknya menjadi manusia lebih baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil tidak pernah mengganggap penarikan gelaran Datuk tahun lalu sebagai pematah semangat untuk terus berbakti kepada industri seni menerusi bakat lakonan dan karya baharu.

Kongsi Farid, penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu memberikan pengajaran besar supaya dia lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk.

Di sebalik apa yang berlaku, bapa dua anak itu bersyukur apabila peminat masih menerimanya. Akui Farid, andai dulu, peminat agak kekok mendekatinya, tetapi kini mereka tidak lagi ‘takut’ untuk menyapa.

“Bila gelaran ditarik, saya cakap tidak apa. Saya reda berdepan ujian itu. Saya percaya kalau hendak mencapai impian dalam dunia seni, kita akan berdepan dengan ujian. Itu bukan titik penamat.

“Kalau dulu, hendak pergi makan kedai tepi jalan orang pandang pelik. Takkan Datuk makan di sini. Sekarang, saya tengok peminat semakin selesa dan saya kembali dekat dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Farid berkata, dia tidak pernah malu dengan persepsi negatif segelintir masyarakat yang mungkin memandang serong terhadapnya, terutama selepas  menjalani hukuman penjara.

“Kita manusia, kadang-kadang melakukan kesilapan. Kegagalan itu sebenarnya perlu untuk menyedarkan kita. Pengalaman itu mengajar saya untuk lebih menghargai setiap apa yang dimiliki. Bukan terus rebah, kita kena bangkit.

“Saya tidak malu dengan persepsi negatif orang lain. Hakikatnya, saya melihat diri sebagai insan terpilih. Alhamdulillah, isteri, anak-anak dan keluarga memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Saya bersyukur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid juga berkongsi keterujaan apabila filem pertama terbitannya, Remp-it 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 November depan.

“Selama 16 tahun, saya terima pertanyaan bila Remp-it akan ada sekuel. Ramai yang rindu dengan watak Madi. Orang tertunggu-tunggu untuk sekuel filem itu. Jadi, saya harap sambutan untuk Remp-it 2 memberangsangkan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya