Bunga kering pun cantik! - Utusan Malaysia

Bunga kering pun cantik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hiasan kediaman menggunakan bunga bukan lagi asing.

Selain menaikkan suasana, ia juga mampu memberikan nafas segar kepada satu-satu ruangan.

Pilihan mungkin lebih tertumpu kepada bunga-bungaan hidup dan segar kerana seleksi warna yang lebih ceria dan menarik.

Sedangkan, bunga-bungaan kering juga cantik untuk dijadikan elemen hiasan, malah mampu memberikan efek estetik.

Suasana estetik bukan sahaja mampu menjadikan sesebuah ruangan atau kediaman menjadi lebih elegan, malah ia memberikan suasana damai dan selesa.

Konsep rumah ladang atau kedesaan Eropah adalah yang paling sesuai untuk menggunakan dekorasi berasaskan bunga kering.

Lebih menarik, bunga kering juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi serta penyiraman berjadual seperti bunga segar, selain membangkitkan mood seakan musim luruh.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk hiasan bunga kering di kediaman.

1. Dibingkaikan untuk hiasan dinding

Kebiasaannya bunga segar yang dibeli sering tidak tahan lama dan mudah layu.
Daripada dibuang begitu sahaja, bunga segar itu boleh disimpan di dalam buku dan dibiarkan kering sebelum dibingkaikan. Bingkai berkenaan boleh digantung pada bahagian dinding atau kabinet televisyen sebagai hiasan.

2. Gubahan bunga

Bunga kering juga sangat cantik jika dipadankan dengan rumput kering atau lebih dikenali sebagai rumput pampas.
Penataan bunga kering dan rumput pampas sangat sesuai dipadankan dengan pasu kaca jernih berketinggian sederhana untuk efek lebih estetik.

3. Gantung pada dinding
Bunga kering juga sangat cantik dijadikan gantungan pada dinding. Lebih menarik jika ia dipadankan dengan daun-daun kering bersaiz lebih besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×