PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia pernah menyebabkan golongan artis terhimpit disebabkan kekurangan persembahan dan sumber rezeki tersekat sehingga lelah untuk bernafas. Bagaikan aturan Allah Yang Maha Esa, setiap ‘ujian’ yang datang akan dipertemukan kemanisan jika bersabar menghadapinya. Kemanisan itu turut dirasai penganjur Konsert Nasyid Legenda apabila jualan tiket laris bagai pisang goreng panas. Vokalis kumpulan Inteam selaku penganjur, Hazamin Harun berkata, secara keseluruhannya 90 peratus tiket sudah terjual dan pihaknya…










