Aqeela terkilan tak dapat penuhi hajat terakhir ayah - Utusan Malaysia

Aqeela terkilan tak dapat penuhi hajat terakhir ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, pukul 10.30 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah disembahyangkan dan diuruskan di Masjid Seksyen 18. Majlis pengebumian arwah dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan artis, Lan Zailan.

Anak tunggal Allahyarham, Aqeela, 26, ketika ditemui berkata, arwah ayahnya banyak meluangkan masa di rumah selepas kali terakhir berlakon pada 2019.

Katanya, dia  terkilan tidak dapat memenuhi hajat arwah untuk membawanya menonton konsert Gegar Vaganza ke-9 (GV9) secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Ayah ada berhasrat pergi tengok GV9 secara langsung sebab musim sebelum ini, ayah selalu ajak ke sana.

“Sedih rasanya tidak dapat penuhi hajat terakhir ayah kerana ketika program bermula, arwah tidak sedarkan diri dan oksigen pula makin berkurangan serta tidak boleh bercakap,” katanya.

Allahyarham Hisham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang di Hospital Shah Alam (HSA), semalam pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Seniman itu dimasukkan ke hospital pada 29 September lalu selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan.

Allahyarham juga ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Sepanjang hayatnya, arwah merupakan antara pelakon tanah air yang sangat dihormati. Allahyarham membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya