HAMPIR tiga tahun lamanya penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa menanggung beban rindu. Menunggu pandemik yang melanda dunia perlahan-lahan melepaskan cengkamannya untuk dia segera terbang ke sini. Pentas Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bakal menjadi medan dia melampiaskan rindu menerusi konsert 25 Shining Years Rossa yang akan berlangsung 2 November depan. Tidak sabar dan teruja, itu yang kerap diulang Rossa. “Saya sangat teruja. Perjalanan seni selama 25 tahun akhirnya…