Jihan perkenal anak kedua, Ungku Altamis Barr - Utusan Malaysia

Jihan perkenal anak kedua, Ungku Altamis Barr

JIHAN melahirkan anak kedua, Ungku Altamis Barr pada 6 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse, 39, memperkenalkan anak keduanya, Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada 6 September lalu apabila berkongsi foto dalam satu hantaran di Instagram.

Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa memperkenalkan bayinya itu menerusi hantaran foto Ungku Altamis Barr bersama suami, Ungku Hariz Faizal.

“Kalian, izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami iaitu Ungku Altamis Barr Bin Ungku Hariz Faizal,” tulisnya.

Menerusi tinjuan Utusan Malaysia di Instagramnya, perkongsian itu dihujani doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang gembira dengan kelahiran Altamis.

Antara yang berbuat demikian ialah Fara Fauzana, Farah Diana dan ramai lagi. Tidak ketinggalan pengikutnya yang turut mendoakan tempoh berpantang Jihan dipermudahkan.

Pada 8 September lalu, beberapa rakan terdekatnya berkongsi Jihan selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Jihan sebelum ini, memaklumkan dia hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Jihan mendirikan rumah tangga dengan Ungku Hariz yang juga pelakon pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya