Abang Long Fadil 3 kutip RM3 juta hari pertama tayangan - Utusan Malaysia

Abang Long Fadil 3 kutip RM3 juta hari pertama tayangan

FILEM Abang Long Fadil 3 mula ditayangkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof meluahkan perasaan syukur apabila filem terbaru garapannya itu berjaya mencatat kutipan RM3 juta pada hari pertama tayangan, semalam.

Syafiq dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada Utusan Malaysia berkata, rekod kutipan itu menandakan permulaan yang baik buat francais ketiga Abang Long Fadil itu.

“Alhamdulillah, ia permulaan yang baik buat Abang Long Fadil 3. Terima kasih kepada semua penonton yang datang ke pawagam untuk memberikan sokongan terhadap filem ini.

“Saya berharap filem ini dapat memuaskan citarasa penonton,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Syafiq turut menitipkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada filem berkenaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pempamer atas sokongan padu yang diberikan kepada Abang Long Fadil 3,” ujarnya.

Abang Long Fadil 3 kini ditayangkan di 159 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan, Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu dan Ozlyn Wati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya