Tolong jadi bijak, jangan terpedaya scammer guna gambar dan video saya - Siti Nurhaliza

Tolong jadi bijak, jangan terpedaya scammer guna gambar dan video saya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihatkan pengguna media sosial supaya bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang mengguna pakai gambar dan videonya untuk tujuan penipuan.

Menurut Siti, perkara tersebut sudah seringkali berlaku menyebabkan dia terpaksa bersuara di Instagram bagi menjelaskan situasi sebenar.

“Masih ada insan yang menggunakan wajah dan video saya yang diulang pakai untuk menipu orang ramai di laman Facebook. Ada dua produk yang dikesan menggunakan gambar saya bersama suami.

“Produk itu tentang rambut lebat dan sebagainya. Jangan percaya, itu semua penipuan. Saya dan suami tak pernah gunakan produk itu, tak pernah pun jadi duta mereka. Apa yang berkaitan dengan produk itu tidak benar, tiada kaitan dengan saya atau suami,”katanya.

Selain itu, Siti juga hairan kerana pihak terbabit begitu berani melakukan perkara tersebut, termasuk mengguna pakai videonya untuk aktiviti meneka nombor.

“Itu pun bukan saya dan tiada kaitan dengan saya. Mereka gunakan video saya dalam live sebelum ini, seingat saya sewaktu pandemik yang awal-awal dahulu sebab ketika itu saya banyak buat video.

“Mereka ambil balik video itu dan ulang-ulang untuk menipu semua orang di Facebook serta menjanjikan duit. Ini scammer, anda janganlah terpedaya.

“Saya faham, sesetengah orang mengharapkan duit yang ditawarkan itu untuk menampung keluarga dan sebagainya.

“Saya minta maaf sangat, tolong jadi bijak dan jangan mudah terpedaya. Itu bukan saya. Mereka gunakan gambar dan video saya untuk kelirukan dan menipu orang,”katanya.

Menerusi penjelasan yang diberikan itu, kata Siti, dia berharap perkara ini dapat dikongsi kepada lebih ramai pengguna untuk memberi kesedaran supaya tidak tertipu.

“Tidak semudah itu mereka mahu memberikan wang tunai. Jika mereka jujur, mengapa menggunakan video saya? Bukankah dari sini kita sudah tahu muslihat mereka untuk memperdaya orang ramai,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya