Tiada jurang kaum, Keith Foo bangga lebih faham agama Islam

Tiada jurang kaum, Keith Foo bangga lebih faham Islam

Keith Foo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 16 tahun lalu, Keith Foo, bagaimanapun meng­anggap jurang perbezaan kaum tidak pernah menjadi isu jika seseorang artis atau pe­lakon itu pandai membawa diri dan tahu hala tuju dalam industri.

Kata Keith, dia memegang dua prinsip utama yang mampu mengekalkan dirinya dalam industri seni kreatif tempatan iaitu disiplin dan hormat-menghormati.

“Melayu atau tidak, cabarannya sama saja. Peganglah kepada dua perkara pokok ini, disiplin dan hormat. Kalau tidak ada dua prinsip ini, setinggi mana pun terbang, kita akan kembali semula ke bawah kalau tak pandai bawa diri. Tak kisahlah pelakon Melayu atau kaum lain.

“Ada yang kata, senang pelakon bukan Melayu untuk menyinar dalam bidang ini kerana mudah dapat perhatian. Bagi saya, itu bukan jaminan. Orang akan tengok pada bakat juga.

“Kalau betul mahu serius dalam bidang ini, kena terus belajar dan asah bakat. Jika memang ternyata bagus, peluang akan datang dan kesempatan itu sama rata, tiada beza,”katanya.

Sering diberi peranan memegang watak Melayu dan beragama Islam dalam drama tempatan, Keith tidak kekok menggalas tanggungjawab itu.

Malah, katanya, dia berbangga diberi peranan itu kerana secara tidak langsung, dapat mempelajari agama Islam dengan lebih baik.

“Biarpun asalnya berl­akon, tetapi ia me­nga­jar saya supaya lebih menghormati agama Islam. Kalau kawan-kawan bukan Islam tanya, sekurang-kurangnya saya boleh tolong jawab dan terangkan apa yang mereka kurang faham.

“Bila sudah fa­ham, ia mem­buatkan diri le­bih hormat pa­da orang lain dan secara tak langsung, kita juga men­jadi insan yang lebih baik,”katanya. – PANCAINDERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.