Tak perlu bandingkan saya dengan Nabila Razali - Keisya Levronka

Tak perlu bandingkan saya dengan Nabila Razali – Keisya Levronka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang sedang mencipta nama di Indonesia, Keisya Levronka enggan melayan komen negatif yang cuba membanding-bandingkan dia dengan penyanyi, Nabila Razali.

Kata anak kelahiran Jawa Timur itu, setiap penyanyi memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, justeru tidak perlu mereka dibanding-bandingkan.

“Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Terserah kepada diri, mahu bangkit atau menyerah.

“Saya terima (kritikan) dan memilih untuk bangkit, meskipun komen orang itu menyakiti saya,” katanya pada sidang media memperkenalkan penyanyi itu di Universal Music Malaysia, di sini, semalam.

Nabila sebelum ini menerima pujian peminat yang menganggap cara dia menyanyikan lagu Keisya, Tak Ingin Usai lebih baik daripada penyanyi asal.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun itu tidak melatah apabila membaca komen netizen tentang dirinya, sama ada baik atau buruk di media sosial.

Katanya, pandangan dan kritikan mereka dijadikan azimat untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada.

“Bukan sahaja komen, malah saya juga akan baca mesej yang dihantar secara peribadi ke media sosial.

“Saya ada kekuatan untuk berdepan komen negatif ini. Ia tidak sedikit pun mengganggu emosi saya,” akuinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.