fbpx

Syamsul terima tawaran arahkan filem epik termahal

SYAMSUL bakal bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka untuk penghasilan filem epik terbaru.

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan, dia menerima tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka menghasilkan sebuah filem epik yang mengangkat keagungan sejarah negeri tersebut.

Syamsul, menerusi pesanan WhatsApp yang dihantar kepada Utusan Malaysia bagaimanapun memaklumkan, perkara itu masih dalam fasa perbincangan awal dan belum dapat berkongsi butiran mengenainya.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.

“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” katanya.

Syamsul juga mengesahkan, pembikinan filem itu bakal menjadi projek termahal pernah dihasilkan di negara ini sekiranya ia direalisasikan nanti.

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sebelum ini, mencetus fenomena baharu dalam industri perfileman apabila produksi garapannya meraih kutipan kira-kira RM96 juta untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!