Sangat sedih! Aku dah 'fed up' - Ammar Titan - Utusan Malaysia

Sangat sedih! Aku dah ‘fed up’ – Ammar Titan

AMMAR Titan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Ammar Titan sedih dengan realiti dilalui oleh artis yang kurang popular apabila terpaksa bersendirian berjuang membela nasib, biarpun mereka berbakat besar.

Ammar berkata, dia sudah jemu berdepan realiti itu, malah terpaksa lantang bersuara menuntut hak penggiat seni yang kurang bernasib baik  itu supaya dibayar harga setimpal dengan pengalaman dan bakat yang ada.

Katanya, situasi itu berbeza buat artis popular, terutama mereka yang mempunyai paras rupa dan berpenampilan menarik kerana mampu hidup mewah disebabkan menerima bayaran mahal serta setimpal.

“Artis yang cantik, kacak dan popular berkongsi mengenai rumah baharu besar, kereta mewah besar, serta jam mahal. Bayaran depa (mereka) mahal.

“Artis biasa suam-suam kuku pula, berkongsi fasal menentang harga yang berbaloi dengan pengalaman dan bakat. Kena ‘fight’ tau! Sedih! Sangat sedih!

“Kau simpan duit itu masuk poket kau sendiri! Bukan ‘bitter’ tetapi ini realiti. Dan aku dah fed up,” luahnya di Instagram.

Mengulas lanjut perkara itu, pelakon drama komedi Mat Three Four itu turut menzahirkan perasaan kurang senang terhadap pihak yang mengenakan pelbagai permintaan bagi menjayakan sesuatu watak, sedangkan bayaran diterima mereka tidak sepadan.

“Bayar tidak seberapa, tetapi kau punya permintaan suruh buat badan, buat babak aksi dan pakai baju mahal.

“Selain itu, suruh pula membuat ulasan (review) tempat tinggal semasa pengambaran dan makanan. Lepas itu, duit itu semua masuk poket kau?” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya