Raffa Affar bukan perosak lagu, itu cara dia - Floor 88 - Utusan Malaysia

Raffa Affar bukan perosak lagu, itu cara dia – Floor 88

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia, Raffa Affar, Floor 88 menolak persepsi negatif segelintir warganet yang melabelkan penyanyi negara seberang itu sebagai perosak sesebuah lagu.

Jelas vokalisnya, Ayie Ilham, Raffa memiliki gaya nyanyian tersendiri dan tahap vokal yang menarik menjadikan dia pilihan terbaik untuk berkolaborasi bersama.

“Bagi kami Raffa bukan perosak lagu. Dia memiliki gaya nyanyian tersendiri. Kami memilih berduet dengan Raffa untuk single baharu nanti kerana yakin dengan bakat dan kemampuan nyanyiannya.

“Lagu sudah ada tetapi menunggu masa yang sesuai untuk dirakam. Bagi kami, kerjasama ini juga satu keputusan tepat untuk Floor 88 cuba menembusi pasaran muzik di Indonesia,” katanya.

Raffa sebelum ini menerima kecaman hebat netizen apabila dikatakan merosakkan lagu yang dinyanyikan semulanya seperti Buih Jadi Permaidani dan Mencari Alasan nyanyian asal kumpulan Exists dan Tiara (Kris).

Sementara itu, bercakap soal album digital, Infinity yang dilancarkan baru-baru ini, Ayie berkata, album yang memuatkan 10 lagu popular Floor 88 itu turut membariskan sebuah single baharu, Sahabat.

“Lagu itu memberi makna yang cukup besar kepada kami. Sepanjang lima tahun dalam industri, pelbagai cabaran kami lalui. Kerana itu, setiap kali saya menyanyikan lagu Sahabat, terus rasa sebak.

“Infinity adalah satu koleksi seni kami. Semua lagu-lagu dimuatkan dalam album ini menceritakan perjalanan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.