Nora tabik kehebatan Aishah & Ziana - Utusan Malaysia

Nora tabik kehebatan Aishah & Ziana

NORA puji kehebatan vokal Aishah dan Ziana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengagumi kemampuan dua artis berpengalaman, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin dan Ziana Zain yang masih berupaya untuk beraksi hebat pada usia melebihi lima dekad.

Penyanyi lagu Renungan Terakhir itu dalam satu hantaran di Instagram berkata, tidak semua penyanyi mampu mencapai tahap dua artis legenda itu, tambahan pula mereka berdua turut menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada beberapa anak.

“Luar biasa hebat. Tabik dengan kehebatan luar biasa dua legenda tanah air yang sememangnya tiada tandingan, Datuk Aishah dan Ziana Zain.

“Walaupun saya tidak dapat hadir ke konsert mereka,  melihat dan mendengar dari jauh sudah memadai.

“Usia mereka sudah mencecah 50-an, selain menjadi ibu.  Apa pun yang mereka lalui, masih mampu memberikan persembahan yang terbaik,” tulisnya.

Sabtu lalu, dua penyanyi itu beraksi dalam dua konsert berbeza. Aishah menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), manakala Ziana pula beraksi bersama adiknya, Anuar dalam konsert  Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tumpang bangga dengan pencapaian kedua penyanyi tersebut, Nora yang juga popular dengan lagu Menyemai Cinta Bersamamu berharap diberi peluang yang sama pada masa akan datang.

“Bukan mudah untuk kekalkan vokal dan nada lagu yang susah, lebih-lebih lagi nyanyian bernada tinggi dengan tenaga yang sama selama dua jam.

“Itu semua bukan perkara yang mudah. Hebat! Sebagai sesama artis, saya tumpang bangga. Berbaloi ada konsert macam ini.

“Harap-harap apabila umur saya memasuki 50-an, saya masih mampu menyanyi seperti mereka. Tahniah Datuk Aishah dan Ziana Zain,” tulisnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya