Nora Danish alami 'anxiety',

Nora Danish alami ‘anxiety’, takut naik pesawat

NORA DANISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nora Danish, 40, memaklumkan dia berdepan masalah kebimbangan melampau (anxiety) yang membuatkannya takut untuk menaiki pesawat.

Kata pelakon drama Puteri itu, masalah tersebut menjadi semakin teruk apabila usianya meningkat, malah dia juga sentiasa memikirkan tentang soal kematian.

“Saya ada anxiety dan stage fright. Baru-baru ini, saya dapatkan rasakan perkara itu. Mungkin usia yang meningkat, membuatkan saya sentiasa fikir tentang mati.

“Saya ini orangnya sensitif dan akan selalu terfikir-fikir jika ada sesuatu perkara berlaku. Tapi, saya tak menganggap perkara ini sesuatu yang negatif, sebaliknya saya jadikan masalah sebagai ‘kuasa’ untuk melakukan perkara yang positif. Cara ini membuatkan saya lebih menghargai orang sekeliling,” katanya ketika hadir ke tayangan filem Kan Cheong, semalam.

Nora juga memaklumkan, kata-kata negatif yang selama ini dilempatkan netizen tidak sedikit pun memberi kesan kepada dirinya.

Ibu dua cahaya mata ini sebaliknya menegaskan, kegagalan untuk berjaya dalam kerjaya lebih memberikan impak terhadap emosinya.

“Saya selalu membayangkan, pada usia 40 tahun, saya akan capai semua yang saya inginkan. Namun, hakikatnya masih banyak yang belum saya kecapi.

“Saya ingatkan diri agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan untuk menjadi insan yang lebih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya